Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 11, 2013

HUKUM RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA

Assalamualaikum


Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai mendapatkan rawatan pergigian semasa bulan puasa bukan. Risau akan terbatal puasa bila membuat rawatan terutamanya cabutan.


Di sini saya ada sedikit info hendak berkongsi dengan anda mengenai HUKUM RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA.

Dari artikel yang telah ditulis oleh Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diedarkan oleh Persatuan Doktor-doktor Pergigian Malaysia kepada semua Doktor Pergigian di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu telah merumuskan, terdapat kaedah rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa 
  • Melakukan pemeriksaan gigi (Dental Check-up) 
  • Membuat rawatan gigi : meliputi tampalan, cucian, cabutan, rawatan akar, membuat gigi palsu dan sebagainya 
  • Mengambil X-Ray bagi mulut 
  • Suntikan (injection) ubat kebas ke dalam mulut bagi tujuan cabutan gigi 
  • Menelan air tanpa disengajakan semasa sesi rawatan gigi 
  • Memberus gigi 
  • Menggunakan ‘floss’ untuk membersihkan celah-celah gigi 
  • Berkumur dengan ubat kumur 
  • Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Oleh itu, sekiranya anda mencabut gigi pada waktu sebelah pagi dan pada tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, puasa anda akan terbatal apabila memakan ubat.Sekiranya anda mencabut gigi pada waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sehingga waktu berbuka puasa, maka anda tidak perlu membatalkan puasa dan ubat boleh dimakan selepas waktu berbuka puasa. sumber sumber 


Saya harap, dengan informasi ini, kegiatan anda sekeluarga untuk mendapatkan rawatan gigi sepanjang bulan puasa tidak terbatas. Jadi anda tidak perlu khuatir akan terbatalnya puasa anda dan tidak perlu untuk menanggung kesakitan yang teramat hanya untuk tunggu masa selepas berbuka untuk mendapatkan rawatan.