Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 9, 2013

Saturday, November 30, 2013

Crown

Proses melakukan korona ( crown )


Sebelum

Kelihatan gigi pesakit sudah pecah separuh dari gigi asal.




Selepas

Gigi kelihatan seperti asal. 





Monday, November 4, 2013

Awal Muharam

Sempena dengan Sambutan Awal Muharam besok Selasa (05/11/2013) klinik kami tidak akan beroperasi selama sehari. Akan beroperasi kembali pada Rabu (06/11/2013).


Wednesday, October 9, 2013

Whitening

Proses melakukan 'whitening' pemutihan gigi.

SEBELUM

Kelihatan gigi pesakit yang kekuningan disebabkan banyak faktor.



SEMASA

Proses pemutihan gigi dilakukan.




SELEPAS

Setelah proses pemutihan yang mengambil masa selama lebih kurang 2jam selesai, inilah hasilnya. Gigi kelihatan lebih putih dari sebelumnya dan akan menjadi lebih putih  2-3 hari selepas rawatan.


Taraaaa~ Pesakit sangat berpuas hati dengan giginya



Wednesday, September 11, 2013

Tips.

6 TAHUN LEBIH PANJANG

Memflos gigi setiap hari berupaya memanjangkan usia anda sehingga enam tahun lebih panjang. Pakar percaya bakteria sama yang menyebabkan penyakit gusi berupaya mencetuskan keradangan arteri jantung, sekali gus memendekkan nyawa.

Tuesday, September 10, 2013

Tips.

FLOS BAIK UNTUK WANITA

Wanita cenderung menghasikan air liur lebih sedikit daripada lelaki yang mendedahkan mereka kepada kaviti. Flos membantu wanita meningkatkan tahap kesihatan oral mereka!

Tuesday, September 3, 2013

Promotion!

OFFER dari kami !!

Sepanjang SEPTEMBER ini..

Potongan sebanyak 10%-15%..

Anda boleh 'book' dengan membuat 'appoinment' atau dengan 'walk-in' sahaja dan yang penting 'check-up' adalah 'FREE'!!
Jom pakat2 serbu klinik kami. Kami mencuba sehabis baik untuk memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada anda. Senyuman anda adalah keutamaan kami.

03-80666604




Friday, August 30, 2013

MERDEKA

Klinik kami akan di tutup pada 31/8/2013 dan akan di buka semula pada 2/9/2013.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 DARI KAMI WARGA MY DENTAL.



Thursday, August 22, 2013

CROWN

Proses melakukan korona (crown)

SEBELUM

Keadaan gigi pesakit yang abnormal. Nampak seperti panjang dari gigi-gigi yang lain. Gigi pesakit masih kelihatan semasa pesakit menutup mulut.




SEMASA

Gigi pesakit di kecilkan untuk proses melakukan korona (crown). Selepas selesai, gigi pesakit akan diletakkan dengan korona (crown) sementara. Agak ganjil jika dibiarkan dengan gigi yg sudah dikecilkan. Jadi sementara mendapat korona yang betul, akan digantikan dengan korona sementara.


(temporary crown)


SELEPAS

Selepas mendapat korona (crown) yang betul, inilah hasilnya. Nampak seperti gigi yang asal bukan? Gigi pesakit nampak lebih teratur.








Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Klinik kami akan tutup dari 07/08/2013 sehingga 18/08/2013 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Akan dibuka kembali pada 19/08/2013.

Kami dari warga My Dental mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin.



Thursday, July 11, 2013

HUKUM RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA

Assalamualaikum


Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai mendapatkan rawatan pergigian semasa bulan puasa bukan. Risau akan terbatal puasa bila membuat rawatan terutamanya cabutan.


Di sini saya ada sedikit info hendak berkongsi dengan anda mengenai HUKUM RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA.

Dari artikel yang telah ditulis oleh Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diedarkan oleh Persatuan Doktor-doktor Pergigian Malaysia kepada semua Doktor Pergigian di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu telah merumuskan, terdapat kaedah rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa 
  • Melakukan pemeriksaan gigi (Dental Check-up) 
  • Membuat rawatan gigi : meliputi tampalan, cucian, cabutan, rawatan akar, membuat gigi palsu dan sebagainya 
  • Mengambil X-Ray bagi mulut 
  • Suntikan (injection) ubat kebas ke dalam mulut bagi tujuan cabutan gigi 
  • Menelan air tanpa disengajakan semasa sesi rawatan gigi 
  • Memberus gigi 
  • Menggunakan ‘floss’ untuk membersihkan celah-celah gigi 
  • Berkumur dengan ubat kumur 
  • Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Oleh itu, sekiranya anda mencabut gigi pada waktu sebelah pagi dan pada tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, puasa anda akan terbatal apabila memakan ubat.Sekiranya anda mencabut gigi pada waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sehingga waktu berbuka puasa, maka anda tidak perlu membatalkan puasa dan ubat boleh dimakan selepas waktu berbuka puasa. sumber sumber 


Saya harap, dengan informasi ini, kegiatan anda sekeluarga untuk mendapatkan rawatan gigi sepanjang bulan puasa tidak terbatas. Jadi anda tidak perlu khuatir akan terbatalnya puasa anda dan tidak perlu untuk menanggung kesakitan yang teramat hanya untuk tunggu masa selepas berbuka untuk mendapatkan rawatan.

Wednesday, June 12, 2013

Promotion On June !



We are having promotion for this month. Come and get ur discount!

Friday, April 12, 2013

Immediate Denture ( Gigi Palsu Segera )

Proses melakukan gigi palsu dengan segera. Ini dilakukan atas permintaan pt agar tidak kelihatan seperti kehilangan gigi.


SEBELUM

Gigi pt kelihatan rosak teruk dan tidak boleh di tampal.




SEMASA

Proses cabutan gigi dilakukan.






SELEPAS

Keputusan akhir, gigi palsu dipasang. 




Kelihatan seperti tidak hilang gigi bukan? Warna gigi dipilih seperti warna gigi yang asal.
disebabkan denture ini express, kebrangkalian akan rase sedikit longgar.



Wednesday, April 10, 2013

Bridge

Proses melakukan jambatan gigi ( bridge )


SEBELUM

Keadaan gigi pt yang berterabur. Gigitan pula tak stabil. Nampak tak selesa pada pt.






SEMASA

Keadaan pt semasa menggunakan 'temporary bridge'. Kelihatan, gigi pt lebih teratur dan kemas.





SELEPAS

Keadaan gigi pt yg lebih kemas dan tersusun. Pt sangat berpuas hati dengan hasilnya.



Kelihatan seperti gigi yang asal bukan? Ini lah keputusannya. Pt amat berpuas hati. :)

Anda diluar sana? Apa lagi tunggu? xD





Thursday, April 4, 2013

Lokasi

ALAMAT

NO 31A, JLN PU 7/4,
47100, PUCHONG UTAMA,
PUCHONG, SELANGOR.
(berdekatan dengan AeonBig yang dulunya Carefour)

TELEFON/FAX

03-80603211

EMAIL

mydental2012@gmail.com

Wednesday, April 3, 2013